Panduan Asas ONEXOX
Selepas Menerima Simkad :
- Buat panggilan keluar yang berjawab selama beberapa saat untuk aktifkan simkad.
Call 12273 (Free) @ Call rakan anda (5sen bawah 10 saat). - Rujuk info dalam pamplet.
- Pastikan anda buat tetapan 10 nombor Rakan & Family untuk kadar Panggilan & SMS yang rendah ke semua rangkaian.
Pendaftaran Akaun SELFCARE :
SELFCARE :
- Di Selfcare anda boleh menyemak profil anda
- Membuat semakan baki
- Menyemak bil penggunaan anda
- Tambah nilai secara online melalui online banking Maybank2U / CimbClicks / lain-lain
- Melanggan pelan internet
Baca: Cara Daftar Akaun Selfcare
Easy Menu *150#
- Semak baki
- Tambah Nilai / Topup
- Langgan Internet
- Tetapan Friend & Family (FnF)
- Pindah Kredit
Manual Ringkas & Tambah Nilai
- Semak baki > SMS: BAL hantar ke 22111 @ *132# Call
- Topup *132*1*PinCode16Angka# > CALL
- Topup boleh didapati di 7Eleven / stesen minyak / ePay / MOL / online / Dealer ONEXOX
Pembahagian Akaun DA & MA
- Pembahagian akaun DA & MA adalah keterbezaan rangkaian ONEXOX dengan lain-lain telco di pasaran.
- Jika penggunaan anda lebih kepada Call & SMS, disarankan untuk membuat tambah nilai sekurang-kurangnya RM30 atau RM50 sekaligus kerana pembahagian ke akaun DA lebih banyak dan anda akan dapat nikmati lebih penjimatan.
- Rujuk pamplet untuk tambah nilai dan pembahagian akaun DA & MA.
Tetapan 10 Nombor Rakan & Famili
- Untuk lebih penjimatan, anda digalakkan untuk membuat tetapan 10 nombor Rakan & Famili ke MANA-MANA RANGKAIAN (Celcom / Maxis / Digi / Umobile / Altel / talian tetap TM / lain-lain).
- Tetapan nombor Rakan & Famili - SMS: FnF ADD 012xxxxxxx hantar ke 22111
- Semak senarai tetapan SMS: FnF LIST hantar ke 22111
- Hapuskan nombor tetapan SMS: FnF DEL 012xxxxxxx hantar ke 22111
Langganan Data Internet
- Langganan data internet sila rujuk pakej dalam pamplet.
- Charge langganan data akan ditolak dalam akaun MA.
- Jika baki di akaun MA tidak mencukupi, sistem akan ambil kredit di akaun DA secara auto.
- Tunggu sehingga SMS makluman diterima.
- Pastikan tetapan internet dalam telefon bimbit anda telah diaktifkan dan pastikan tetapan APN menggunakan nama XOX (sesetengah telefon bimbit tak perlu).
- Jika gagal untuk melayari internet, cuba off & on semula telefon bimbit anda dan jika masih tidak berjaya, sila hubungi customer servis 12273 untuk bantuan.
Tahniah kerana anda bijak memilih rangkaian yang memberi lebih penjimatan kepada pengguna.
Bagi memudahkan lagi untuk semak baki credit, transfer DA ke MA, langgan internet, semak baki data internet, dan lain-lain, sila install aplikasi "Prepaid ONEXOX (Official)" ke dalam smartphone anda. Aplikasi boleh dapatkan di Google PlayStore.
Download Aplikasi Prepaid ONEXOX
Android | iOS